Land Rover Perkenalkan Defender Edisi James Bond Sempena Filem ‘No Time to Die’
Land Rover Perkenalkan Defender Edisi James Bond Sempena Filem ‘No Time to Die’
Setelah beberapa kali filem aksi terbaru James Bond lakonan Daniel Craig terpaksa ditangguhkan beberapa kali ekoran pandemik COVID-19, akhirnya ia dilaporkan mungkin ditayangkan sekitar Oktober ini walaupun ada ura-ura menyatakan kemungkinan terpaksa ditangguh lagi sehingga tahun hadapan.
Namun, ia tidak menghalang syarikat pacuan empat roda terkenal Britain, Land Rover untuk menghasilkan sebuah model Defender edisi khas bersempena penglibatan model tersebut dalam filem James Bond ke-25, ‘No Time To Die’.
SUV ‘007’ edisi terhad berwarna matte black ini dihasilkan oleh jabatan SVO Bespoke Land Rover menggunakan model Defender V8 90 dan Defender V8 110. Ia hadir dengan roda 22-inci Gloss Black, kaliper hadapan berwarna Xenon Blue dan lencana belakang ‘Defender 007’.
Model ini dikuasakan dengan enjin 5.0-liter V8 Supercharged, transmisi automatik 8-kelajuan yang dapat menghasilkan 518hp dan 625Nm tork. SUV secret agent ini mampu memecut 0-100km/j dalam tempoh 5.1 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 239km/j.
Disebabkan model SUV ini khas dibuat untuk para pengumpul kereta, ia hanya dihasilkan terhad 300 unit sahaja, di mana setiap unit mempunyai logo eksklusif ‘SV Bespoke’ dan ‘One of 300’. Harga ditawarkan bermula USD114,600 (RM475,188) tidak termasuk kos-kos lain.
Vc
Land Rover Perkenalkan Defender Edisi James Bond Sempena Filem ‘No Time to Die’
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi