PM harap pemberian BKC ringankan beban rakyat

PM harap pemberian BKC ringankan beban rakyat . Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula Isnin sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Ahad, Ismail Sabri berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya.



Pada Rabu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan bulan lepas dan berikutan itu, telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran.

Beliau juga berkata, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Semakan status BKC boleh dibuat melalui https://bkc.hasil.gov.my. – Bernama



PM harap pemberian BKC ringankan beban rakyat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Guru KAFA belum vaksin mungkin dilarang mengajar, kata menteri agama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker