Wee Ka Siong sahut cabaran PAC, akan hadir beri keterangan

PETALING JAYA – ‘Tiada masalah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)! Saya pasti hadir’

Demikianlah respon Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong terhadap kenyataan PAC yang akan memanggilnya untuk prosiding Pengurusan Wabak Covid-19.

Katanya, dia pasti hadir untuk memberi keterangan serta pencerahan pada Khamis depan tentang apa jua soalan yang diajukan berkenaan isu tersebut.



“Tiada masalah PAC! Saya pasti hadir untuk memberi keterangan pada 21 September ini.

“Tanyalah kepada saya apa yang nak ditanya. Saya akan memberi pencerahan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya membuat keputusan itu selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat keperluan mengadakan prosiding keempat.

Menurutnya, prosiding itu dijadualkan pada 21 September depan dengan PAC akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.



“PAC memerlukan keterangan dan penjelasan daripada Ka Siong memandangkan nama beliau disebut dalam prosiding sebelum ini dan untuk berlaku adil kepada beliau, PAC mendengar penjelasan beliau.

“Tetapi saya tidak akan mendedahkan atas sebab apa, memandangkan prosiding PAC tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Surat panggilan mesyuarat kepada saksi-saksi ini akan dikeluarkan hari ini, dan saya mohon supaya saksi-saksi berkenaan hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan terhadap isu ini,” katanya semasa sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker