Gumpal rambut dalam tepung pelita

Gumpal rambut dalam tepung pelita

IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menyiasat kes penemuan gumpalan rambut di dalam kuih tepung pelita yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Ipoh seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata kes sedang disiasat bagi mengenal pasti pelaku agar ia tidak berulang dan memudaratkan kesihatan orang ramai.

“Apa sahaja kes yang berkaitan, kita minta laporkan kepada Bahagian Keselamatan Makanan JKN untuk memudahkan kita mengumpul maklumat dan melengkapkan siasatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas gambar tular dengan kapsyen antara lain menyebut ‘Sehelai rambut boleh dimaafkan, tetapi ini segumpal rambut. Peniaga yang menyediakan juadah perlu memastikan kebersihan’ sambil dilampirkan gambar kuih tepung pelita dan gumpalan rambut tersebut.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada 05 2456000 atau laman Facebook rasmi JKN https://www.facebook.com/bkkm.jknperak untuk sebarang maklumat lanjut.

Pada Rabu lepas, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun mengalami cirit-birit dan muntah dipercayai selepas makan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan di Kuala Terengganu.

Berikutan kejadian itu, kanak-kanak tersebut dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kedua-duanya yang masih menerima rawatan, dilaporkan stabil. FMT

Gumpal rambut dalam tepung pelita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker