PM Kanada dibaling batu

PM Kanada dibaling batu

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau terkena batu kerikil yang dibaling oleh penunjuk perasaan semasa berehat selepas berkempen.

Beliau dibaling batu sebaik sahaja menaiki ke bas selepas melawat kilang bir.



Justin tidak cedera.

Trudeau mengadakan pemilihan pada pertengahan Ogos, dengan harapan untuk mendapat majoriti bagi parti sayap kiri Liberal.

Tetapi kempennya terganggu oleh demonstrasi terhadap mandat vaksin Covid-19 dan sekatan-sekatan lain.

Baru seminggu yang lalu, perdana menteri ini terpaksa membatalkan perhimpunan pilihan raya setelah sekumpulan penunjuk perasaan yang marah menyerang acara itu.



Bercakap kepada wartawan di dalam pesawat setelah kejadian di London, Ontario, Trudeau berkata, batu itu mungkin terkena bahu dan membandingkan kejadian itu dengan ketika seorang wanita melemparkan biji labu kepadanya pada tahun 2016.

Menurut wartawan CTV National News Kanada, dua orang yang menaiki bas media juga dilempar dengan batu kerikil, namun mereka tidak cedera.

Erin O’Toole, pemimpin Parti Konservatif pembangkang, menyifatkan kejadian itu sebagai “menjijikkan”.

“Kekerasan politik tidak pernah dibenarkan dan media kita harus bebas daripada ugutan, gangguan dan kekerasan,” katanya.



Rancangan mandat vaksin Justin menjadi isu utama menjelang pilihan raya pada 20 September ini.

Bulan lalu kerajaan Justin mengumumkan semua penjawat awam – termasuk pekerja di sektor di bawah Kerajaan Persekutuan, seperti kereta api – mesti diberi vaksin pada akhir Oktober atau berisiko kehilangan pekerjaan.

Penumpang udara komersil, pelayaran dan kereta api antara negeri juga mesti diberi vaksin untuk melakukan perjalanan.

Kanada adalah salah negara yang merekodkan kadar vaksinasi Covid tertinggi di dunia. – BBC



PM Kanada dibaling batu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bersedia lawan varian Mu sekarang, kata ahli virologi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker