Guru celup tangan pelajar dalam air mendidih

Guru celup tangan pelajar dalam air mendidih

Jakarta: Sungguh kejam apabila seorang guru sekolah berasrama penuh di Indonesia tergamak mencelup tangan pelajarnya di dalam air mendidih.

Kejadian terbaharu itu berlaku di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Swasta Bina Karya Larantuka di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur.



Ketua Dewan Pakar Persekutuan Kesatuan Guru Indonesia (FSGI), suspek dikenal pasti sebagai Nelson, seorang paderi Katolik yang juga guru di sekolah terbabit.

“Gambar yang tular di media sosial menunjukkan tangan mangsa melepuh dan bernanah.

“Ibu bapa pelajar itu melaporkan kes ini di Balai Polis Flores Timur, pada 3 Ogos lalu.

“Dilaporkan, suspek meninggalkan pelajar itu tanpa sebarang rawatan supaya dia rasa sakit sampai keesokan harinya,” katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan portal Tempo.co.



Menurutnya, perbuatan itu jelas melanggar hak kanak-kanak dan hak asasi manusia dan bertentangan dengan undang-undang negara.

“FSGI menggesa polis segera menyiasat kejadian itu berdasarkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak supaya pesalah boleh dijatuhkan hukuman paling berat.

“Sekolah juga boleh diheret ke muka pengadilan kerana cuai melindungi pelajar mereka.

“Ini kerana suspek antara orang yang paling rapat dengan mangsa yang duduk di sekolah berasrama penuh, jadi pihak sekolah harus bertanggungjawab walaupun ia berlaku pada waktu malam di asrama,” katanya.



Katanya, kerajaan tempatan juga perlu menanggung semua kos perubatan kanak-kanak itu sehingga mangsa pulih.

“Selain itu, Pejabat Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak juga perlu memberikan kaunseling kepada mangsa dan pelajar lain di sekolah itu.

“Ada dakwaan mereka juga mengalami keganasan dalam bentuk lain semasa belajar di sekolah itu.

“Mendidik dan mendisiplinkan pelajar sepatutnya tidak perlu sampai mendera,” katanya.



Mei lalu, Kementerian Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak merekodkan, 251 kanak-kanak berumur antara enam hingga 12 tahun menjadi mangsa keganasan di sekolah.

Angka terbabit membabitkan kes sepanjang tempoh Januari hingga April lalu.

Selain itu, seramai 208 remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun turut menjadi mangsa keganasan di sekolah. HM

Guru celup tangan pelajar dalam air mendidih



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker