Pelakon 5 Filem Marvel Cinematic Universe, William Hurt Meninggal Dunia

Pelakon 5 Filem Marvel Cinematic Universe, William Hurt Meninggal Dunia

PELAKON yang juga pemenang Oscar, William Hurt meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Berita sedih itu diumum anak lelaki pelakon itu, Will dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Dengan penuh rasa dukacita, keluarga Hurt meratapi pemergian William Hurt, bapa tercinta dan pelakon pemenang Oscar, pada 13 Mac 2022, seminggu sebelum hari lahirnya yang ke-72.

“Mendiang meninggal dunia atas sebab semulajadi dalam keadaan tenang, bersama keluarga.

“Pihak keluarga mohon agar tidak diganggu pada ketika ini,” tulis kenyataan itu.

Hurt pada 2018 pernah mendedahkan bahawa dia didiagnosis menghidap kanser prostat sejak 2012 yang sudah merebak ke tulang.

Hurt muncul sebagai antara pelakon filem terkemuka pada era 1980-an. Mendiang terkenal melalui filem “Broadcast News”, “Body Heat” dan “The Big Chill”.

Hurt pernah dicalonkan untuk Anugerah Akademi tiga kali berturut-turut dan menang untuk wataknya dalam filem “Kiss of the Spider Woman” pada tahun 1985.

Mendiang juga pernah mendapat pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk satira industri berita 1987 “Broadcast News”, dan setahun sebelumnya untuk “Children of a Lesser God”, drama romantik berlatarkan sekolah untuk orang pekak.

Mendiang Hurt turut dikenali kerana penyertaannya dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Thaddeus Ross selama lebih sedekad dalam lima filem Marvel.-AA

Pelakon 5 Filem Marvel Cinematic Universe, William Hurt Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker