Hanya Dua Dalam Sejuta Kanak-Kanak Alami Anafilaksis Selepas Vaksin – Dr Musa

Hanya Dua Dalam Sejuta Kanak-Kanak Alami Anafilaksis Selepas Vaksin – Dr Musa

Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mengalami anafilaksis akibat daripada suntikan vaksin jenis Pfizer dan Sinovac, kata Pakar perunding kanak-kanak dan neonatologi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.

Beliau berkata demikian berikutan terdapat segelintir ibu bapa bimbang dengan risiko implikasi daripada kedua-dua jenis vaksin berkenaan.



“Untuk setengah jam pertama, bila kena suntikan, mereka tak sedarkan diri. Kemudian tekanan darah turun dan kanak-kanak ini memerlukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR).

“Bagaimanapun kesan anafilaksis ini hanya berlaku dua dalam sejuta kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun,” katanya pada forum awam bertajuk ‘Vaksin COVID-19: Adakah Anak Anda Perlukannya?’ yang bersiaran secara dalam talian, pada Ahad.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dan Program Immunise4life.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara kesan sampingan lain ialah miokarditis iaitu inflamasi terhadap jantung.

“Tetapi hanya satu dalam sejuta kanak-kanak menerima kesan sampingan ini,” katanya.



Sementara itu Ketua Seksyen Farmakovigilans, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Azuana Ramli pula berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan bahawa kesan advers susulan imunisasi (AEFI) mempunyai hubung kait dengan vaksin yang diterima oleh kanak-kanak.

“Bila kita tengok statistik AEFI ini, ia cuma laporan sahaja. Belum lagi disahkan ada hubung kait dengan vaksin yang diambil,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga masih belum menerima laporan berhubung miokarditis dalam kalangan kanak-kanak tersebut.

“Di Australia memang mereka terima 17 laporan AEFI setakat 4 Mac, tetapi bila mereka nilai laporan ini cuma dua yang disahkan sebagai miokarditis.



“Jadi kesimpulannya, apa yang dilaporkan di Malaysia adalah selari dengan apa yang dilaporkan oleh badan-badan regulatori yang lain yang mana majoriti AEFI yang diterima itu adalah kesan-kesan yang tidak serius,” katanya.-SH

Hanya Dua Dalam Sejuta Kanak-Kanak Alami Anafilaksis Selepas Vaksin – Dr Musa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker