Penunggang Maut, Motosikal Hilang Kawalan

Penunggang maut, motosikal hilang kawalan

NILAI: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan di Kilometer 26.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dekat Mantin pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa, Mohd Hafizzi Abu Bakar, 43, menunggang motosikal jenis Honda 150 dari Mantin menghala ke Kajang.



“Sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di lorong paling kanan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika mengesahkan laporan pada Ahad.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-SH

Penunggang maut, motosikal hilang kawalan



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor



Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker