Lebih 100 hilang tempat tinggal selepas 26 rumah setinggan terbakar

Lebih 100 hilang tempat tinggal selepas 26 rumah setinggan terbakar

KOTA KINABALU: Lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran di sebuah kawasan setinggan penuh sesak di Telipok, dekat sini, hari ini.

Pasukan bomba dan penyelamat mengambil lebih sejam untuk memadamkan api yang dipercayai bermula 1 tengah hari tadi.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, 26 rumah musnah dalam kebakaran itu yang berjaya dikawal pada 2.23 petang itu.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat turut mengalami kesukaran memasuki kawasan setinggan itu pada mulanya disebabkan kenderaan diparkir di tepi laluan sempit ke lokasi kebakaran.


Anggota bomba mengambil lebih sejam untuk mengawal api. (Gambar bomba)

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sabah, Misran Bisara berkata, 115 keluarga terjejas akibat kebakaran berkenaan.




Anggota bomba menilai kerosakan akibat kebakaran tengah hari tadi. (Gambar bomba)

Beliau berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Kota Kinabalu dan daerah Tuaran dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 1.07 tengah hari.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. FMT

Lebih 100 hilang tempat tinggal selepas 26 rumah setinggan terbakar




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker