Jawatan Speaker Dewan Rakyat kekal atau bertukar 19 Disember ini

SHAH ALAM – Pemilihan Speaker merupakan agenda utama dalam persidangan Dewan Rakyat bagi Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang akan bersidang selama dua hari bermula 19 Disember ini.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin kepada ahli-ahli Parlimen pada Khamis, pemilihan Yang Dipertua itu akan diadakan pada hari pertama persidangan, sebelum diikuti dengan sesi mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat.

Selain itu, turut terkandung dalam urusan mesyuarat adalah pemilihan Timbalan-timbalan Yang Dipertua, disusuli usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu-lalang kepada ahli-ahli.



Usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri pula disenaraikan sebagai perkara kelapan dalam agenda mesyuarat berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Yang Dipertua telah memberikan persetujuannya untuk memendekkan tempoh pemberitahuan mesyuarat ini selaras dengan Peraturan Mesyuarat 9(2)(a) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Bagi urusan-urusan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen ke-15, pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan dan jawapan bertulis, pertanyaan-pertanyaan menteri serta usul tidak perlu dikemukakan,” menurut notis berkenaan.

Speaker Dewan Rakyat ketika ini adalah Tan Sri Azhar Azizan Harun.



Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat Ke-10 menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof pada 13 Julai 2020 berikutan perubahan pentadbiran kerajaan Persekutuan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker