Kastam jumpa wang RM7 juta dalam bagasi
Kastam jumpa wang RM7 juta dalam bagasi

BANGKOK – Kastam Thai menahan dua penumpang warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dekat Bangkok selepas menemukan wang tunai AS$1.7 juta (RM7 juta) disembunyikan di dalam bagasi mereka, lapor saluran berita Thaiger semalam.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Ekniti Nitithanprapas mengarahkan kastam memperketatkan pemeriksaan ke atas mata wang asing dan baht yang dibawa masuk serta keluar dari Thailand bagi mencegah pengubahan wang haram merentasi sempadan.
Berikutan arahan tersebut, pegawai dan anggota kastam di Lapangan Terbang Suvarnabhumi melakukan saringan lebih ketat terhadap penumpang.
Kedua-dua suspek berkenaan tiba dari Jakarta pada 30 September lalu, manakala identiti dan kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.
Di bawah undang-undang Thailand, pelancong asing dibenarkan membawa jumlah mata wang tanpa had masuk ke Thailand.
Bagaimanapun, jumlah melebihi AS$15,000 (RM61,000) mesti diisytiharkan kepada pihak berkuasa Thailand. – AGENSI
Kastam jumpa wang RM7 juta dalam bagasi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Samakan UMNO Dengan Dakwaan ‘Sakau’
- Pemuda UMNO Perkemas Gerak Kerja Hadapi PRN Melaka
- Tiga Dekad Berlalu, Akta Sukan Perlu Diperkasa – Naim Moktar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘… Bulat Lembaga Melantik Undang, Bulat Undang Melantik Raja’
You must be logged in to post a comment.