Jamal teruja jumpa Anwar

Jamal teruja jumpa Anwar

Kenangan duduk semeja dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis berbuka puasa untuk pengamal media dan penggiat seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara, baru-baru ini, berbekas di hati penyanyi legenda digelar Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 64.

Undangan diterima melalui Kementerian Komunikasi dan Digital untuk berbuka dengan Anwar cukup mengujakan Jamal, apatah lagi beliau mula mengenali Perdana Menteri sejak era 1970-an.

“Alhamdulillah, saya ditempatkan semeja dengan Anwar dan beberapa pengamal media lain. Saya sangat berbesar hati atas peluang itu.

“Sebenarnya, saya dan Perdana Menteri sudah lama berkenalan. Saya masih ingat, pada 1977, jika tidak silap ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik. Saya masih ingat, ketika itu, kami bertemu di sebuah masjid di Hulu Langat, Selangor.

“Kemudian, pada era 1980-an, kami hadiri sebuah majlis bersama. Selepas itu, kami sudah lama tidak berjumpa. Baru sekarang kami dapat bersua kembali pada majlis itu,” katanya.

Pada majlis itu, lebih 1,000 pengamal media dan penggiat seni tempatan memenuhi segenap ruang di Dewan Merdeka, WTCKL untuk berbuka dengan Perdana Menteri.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Acara turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali dan Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Selain penggiat seni, pengurusan kanan agensi media, wartawan dan jurukamera tempatan serta antarabangsa, kira-kira 30 anak yatim dari Rumah Kasih Ibu, Ampang, turut diraikan.

Antara selebriti yang hadir, Datin Paduka Shuhaimi Baba, Datuk Francissca Peter, Datuk Norman Abdul Halim, Datuk AC Mizal, Ifa Raziah, Dina Nadzir, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Bagaimanapun, disebabkan kekangan masa, Jamal terkilan tidak berpeluang membincangkan hal ehwal industri seni dengan Anwar, pada pertemuan itu.

Akui Jamal, beliau pada mulanya sangat berharap dapat menyuarakan beberapa perkara berbangkit pada pertemuan itu.

“Sebenarnya, saya mahu membincangkan mengenai perkembangan industri seni, misalnya isu agihan royalti dan soal bayaran stesen televisyen (TV) kepada artis tanah air dan sebagainya. Bagi saya, dua isu itu masih di takuk lama dan patut diberi perhatian.

“Saya beri contoh, dua anak saya, iaitu Yamani dan Zaki menang dalam program realiti, Famili Duo, baru-baru ini. Namun, selepas lebih dua bulan, tiada apa yang mereka terima. Jadi, apa ertinya kemenangan mereka?

“Kemenangan itu tampak gah, namun, hakikatnya, mereka merana untuk mendapatkan tawaran. Perkara ini berlaku dari dulu lagi, bukannya baru sekarang,” katanya.

Jamal juga membangkitkan soal pembayaran royalti dan mekanisme agihan badan kutipan.

“Kami mahukan sistem bayaran dan agihan telus. Sayangnya, semua perkara ini tidak sempat disuarakan tempoh hari,” katanya.

Berikutan itu, Jamal berharap dapat bertemu Perdana Menteri lagi, termasuk bersama Fahmi.

“Saya harap akan ada perjumpaan dan perbincangan yang lebih erat dan efektif bersama Anwar dan Fahmi Fadzil, pada masa akan datang. Semua ini demi kemajuan dan kebaikan industri seni tanah air,” katanya. BH

Jamal teruja jumpa Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker