Lelaki warga asing ditahan bersama kayu gaharu

KUANTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menahan seorang lelaki warga asing kerana memiliki sebongkah kayu dipercayai gaharu dalam Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar), Bera pada Rabu.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, lelaki berusia 56 tahun ditahan dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang turut disertai beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurutnya, turut ditemui sebuah pondok dipercayai tempat tinggal warga asing itu bagi tujuan mencari gaharu dalam hutan simpan terbabit

“Hasil pemeriksaan di pondok berkenaan, kita menemui beberapa barangan seperti telefon bimbit, jerat binatang, daging binatang liar, lampu suluh, gergaji dan alat mengukir kayu yang digunakan untuk memisahkan gaharu dengan kayu pokok.

“Kita juga menemui pokok karas yang sudah ditebang bagi tujuan mendapatkan garas yang terdapat di dalam batangnya,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Mohd Hizamri berkata, beberapa hutan simpan di Pahang dikenal pasti menjadi lokasi warga asing untuk menceroboh bagi mencari pokok karas.

Tambahnya, justeru anggota Unit Penguat Kuasa JPNP Zon Pahang Barat dan Timur sentiasa melakukan pemantauan secara berkala.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan hutan antaranya seperti menceroboh dan memindahkan hasil hutan tanpa kebenaran,” tegasnya.

Mohd Hizamri bagaimanapun meminta kerjasama daripada semua pihak termasuk orang asli supaya memberi maklumat mengenai aktiviti pencerobohan hutan simpanan dan pencarian pokok karas.

Tegasnya, aduan daripada pelbagai pihak dapat menyekat kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa di negeri ini.

“Pokok karas antara pokok yang dilindungi di negeri ini, ia tidak dibenarkan ditebang bagi apa juga tujuan.

“Mereka yang terbukti menebang boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker