Apa peluang Tengku Zafrul di Parlimen Kuala Selangor

Apa peluang Tengku Zafrul di Parlimen Kuala Selangor

Kemungkinan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertanding di Parlimen Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah heboh di media sosial, termasuk dilaporkan media massa. Sebahagian besar pengundi seakan sudah ambil maklum kemungkinan tokoh korporat itu mempertaruhkan nasib pada pilihan raya pertamanya di sana.

Melihat demografi Parlimen Kuala Selangor, kerusi itu diwakili majoriti 66 peratus pengundi Melayu; India (22 peratus); Cina (13 peratus); Bumiputera Sabah dan Sarawak (0.2 peratus) serta 0.5 peratus Orang Asli dan lain-lain.



Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH) adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, menang majoriti besar 8,498 undi pada PRU-14.

Biarpun rekod cemerlang Dr Dzulkefly mewakili Pakatan Harapan (PH) itu, terutama ketika tsunami tolak Barisan Nasional (BN) membengkak pada 2018, terlalu awal untuk menganggap Parlimen Kuala Selangor adalah kubu kuat PH.

Berdasarkan rekod PRU-11, iaitu selepas persempadanan semula, kerusi itu sering bertukar tangan antara BN dan Pakatan Rakyat (PR) atau PH.

Dalam PRU-11, BN menang dengan majoriti 13,662 undi. Namun, pada PRU-12, kerusi itu dirampas Dr Dzulkefly atas tiket PAS dengan majoriti tipis, 862 undi dalam saingan dua penjuru. Pada PRU-13, kerusi itu kembali dirampas BN, yang mempertaruhkan Datuk Seri Irmohizam Ibrahim yang menang majoriti kecil, 460 undi.



Dengan situasi politik semasa, kedudukan PH dan BN agak seimbang, tetapi gabungan dipimpin UMNO itu mempunyai harapan lebih baik merampas kembali bersandarkan faktor perpecahan dalam blok PH.

Keluarnya BERSATU daripada PH, menyebabkan peralihan sokongan ketara penyokong PH khususnya kepada Perikatan Nasional (PN) yang jelas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, di samping sokongan undi teras PAS.

Biarpun prestasi sebenar PN belum teruji di Selangor, momentum sokongan tiga PRN itu dijangka berterusan khususnya undi ahli dan pengundi tegar PAS. Pada PRU-14, PAS memperoleh 14.2 peratus undi popular atau 8,535 undi di sana.

Jadi, peluang Tengku Zafrul memberi tentangan sengit di Parlimen Kuala Selangor agak setara. Namun, masalahnya kehadiran Menteri Kewangan di kawasan itu kelihatan tidak begitu disambut baik kepemimpinan UMNO Kuala Selangor.



Laporan media memetik Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim, mengesahkan mengeluarkan surat mengarahkan supaya kepemimpinan dan jentera UMNO tidak menyertai sebarang program dihadiri Tengku Zafrul, memberi isyarat tidak baik dan satu tamparan.

Seolah-olah kehadiran Tengku Zafrul tidak direstui pimpinan UMNO Kuala Selangor. Ini pasti memberi implikasi, terutama kepada peluangnya untuk dinamakan sebagai calon bagi mewakili BN khususnya bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor. Kerusi itu kini diperuntukkan kepada UMNO.

Sejak UMNO meminda perlembagaannya, terutama pada 2019, parti itu menetapkan prosedur baharu pada pemilihan calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kuasa mencadang nama calon ditentukan jawatankuasa bahagian, bukan lagi perhubungan negeri atau Presiden UMNO.

Sebaliknya, tanggungjawab Pengerusi Perhubungan seperti diperuntukkan di bawah Fasal 12.12.1.4 adalah menimbang dan menerima senarai calon serta memastikan calon disenarai, melalui proses ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), selain melepasi saringan Jabatan Insolvensi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis.



Tanggungjawab Presiden UMNO berhubung kait penentuan calon pilihan raya, seperti disebut Fasal 9.8.1.6, adalah membuat rundingan semula nama calon baharu jika senarai terdahulu tidak menepati kriteria.

Perlembagaan UMNO itu cukup jelas, jawatankuasa bahagian diketuai Ketua Bahagian berperanan penting menentukan nama individu untuk dipertimbang sebagai calon, apatah lagi penyandang juga berhak melantik 12 Ahli Jawatankuasa Bahagian, sekali gus mengukuhkan pengaruhnya.

Tindak-tanduk Zafrul sebelum ini khususnya mendepani isu pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), juga tidak begitu disenangi ramai pemimpin tertinggi UMNO. Pelbagai kritikan dilemparkan, termasuk Presiden UMNO serta Ahli Parlimen BN sendiri di media massa atau ketika sidang Dewan Rakyat.

Justeru, biarpun nama Tengku Zafrul cukup dikenali, sama ada beliau akan dipilih BN untuk dinamakan sebagai calon, laluannya masih samar. Sebarang usaha mempromosikan berlebihan dirinya sebagai calon, dikhuatiri bakal membunuh karier politik, andai tidak dirancang teliti. BH



Apa peluang Tengku Zafrul di Parlimen Kuala Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!



“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker