Mayat bayi ditemukan dalam parit, pasangan kekasih ditahan

Penduduk menemukan mayat bayi perempuan dalam parit di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru pada Ahad.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita terkejut apabila menemukan satu mayat bayi perempuan dalam parit di Kampung Melayu Pandan di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Dr Mohd Roslan Mohd Tahir berkata, wanita tempatan berusia 33 tahun itu memaklumkan kepada pihak polis berhubung penemuan mayat bayi tersebut pada jam 11.50 pagi Ahad.

Pada masa sama katanya, pihak polis turut mengesan satu rakaman video berdurasi 39 saat berkenaan penemuan mayat bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan.

‘Bertindak atas maklumat, pada jam 1 hingga 1.30 petang semalam, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam membuat tangkapan terhadap sepasang kekasih.



“Polis menahan lelaki berusia 28 tahun dan wanita terbabit yang berusia 27 tahun di kawasan Kampung Melayu Pandan. Mereka bekerja sebagai operator kilang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya merampas sehelai t-shirt ungu dan sehelai kain sarung warna hijau yang mempunyai kesan tompokan disyaki darah selain dua telefon bimbit dan 42 biji pil melibatkan empat jenis ubat.

Mohd Roslan memberitahu, pihaknya masih menyiasat punca kematian selain mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.



“Kedua-dua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari mulai hari ini sehingga 15 Disember,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker