Mikail Ghazali ikut langkah Johan Ghazali

Mikail muncul pemenang kategori 42kg bagi usia 14 hingga 15 tahun di WBC Amazing MuayThai World Festival.

Mikail Ghazali ikut langkah Johan Ghazali

Ke mana tumpah kuah, kalau tak ke nasi.

Itu peribahasa tepat bagi menggambarkan kejayaan dilakar Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar yang semakin menyerlahkan potensi untuk mengikut jejak langkah abangnya yang juga bintang sensasi muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali.



Atlet berusia 14 tahun itu cemerlang apabila memenangi pingat emas dalam kategori 42 kilogram (kg) bagi usia 14 hingga 15 tahun di WBC Amazing MuayThai World Festival di Bangkok, Thailand, Isnin lalu.

Mewakili Rentap Muay Thai Gym yang berpangkalan di Kuching, Sarawak, Mikail memastikan kejuaraan menjadi miliknya selepas menumbangkan wakil Jepun, Kenshin Tenabe 6-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Lumpinee di Bangkok.

Sebagai rekod, ini adalah kali kedua berturut-turut Mikail merangkul gelaran itu selepas turut memenanginya pada edisi tahun lalu.

Mikail adalah salah seorang atlet yang membantu Malaysia memenangi empat emas dan empat gangsa pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari itu membabitkan penyertaan 650 peserta daripada 70 buah negara.



Tiga lagi emas disumbangkan Radhit Eadric Rioh Roy Angau dalam kategori 71kg, Wyjie Firdaus Aziz 48kg dan Adrynna Thanicha Seesombat dalam kategori perempuan bawah 36kg.

Sementara itu, adik perempuan kepada Johan dan Mikail, Emylia Lynn meraih gangsa dalam kategori usia 12 hingga 13 tahun.

Pada Oktober lalu, Johan mencipta sensasi apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak AS$100,000 (RM476,600) dengan ONE Championship selepas melakar empat kemenangan berturut-turut dalam pertarungan Road to ONE Championship.

Pertarungan pertamanya selepas menandatangani kontrak dengan ONE Championship menyaksikan dia menumbangkan juara MuayThai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares dengan keputusan KO dalam tempoh hanya 36s. BH



Mikail Ghazali ikut langkah Johan Ghazali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy



Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker