Bertabahlah Misya

Netizen doakan Misya dikurniakan kekuatan selepas dimadukan

Bertabahlah Misya

Laman sosial Misya Mazlan iaitu isteri pertama Aslam yang mengahwini pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim dihujani titipan doa dan kata semangat.

Rata-rata netizen mendoakan agar ibu muda kepada dua cahaya mata itu dikurniakan kekuatan dalam melalui tempoh sukar itu.



“Semoga sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah.

“Moga kamu dan anak-anak kuat hadapi segala yang Allah zahirkan.

“Betul ataupun tidak, doa orang yang tak mengenali kamu ini akan sentiasa berpanjangan. Jaga diri dan anak-anak kamu ya,” komen seorang netizen.

Sementara itu, tinjauan dalam media sosial mendapati pelakon Abby Abadi langsung tidak membuat sebarang kemas kini terbaharu dalam Instagram (IG).



Bagaimanapun, pengguna laman sosial dilihat meninggalkan komen di hantaran lama bekas anggota kumpulan Elite itu.

Ada yang menitipkan ucapan tahniah kepada Abby kerana menerima menantu, pada masa sama ramai juga yang mengingatkan satu sama lain agar berhati dalam berkata-kata.

“Berhentilah kecam Kak Abby, kesian sangat. Dia tak minta anak dia jadi macam ni, dia dah pernah lalui saat genting yang sama macam ni dulu.

“Dia tau sakit dia macam mana, kita jangan la menambah luka di hati dengan komen yang menyakitkan hati,” tulis pengikutnya.



Terdahulu, menerusi sumber portal hiburan, pasangan muda itu bernikah di Songkla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Difahamkan, keluarga kedua-dua pihak mengatur pertemuan selepas mendapat tahu pasangan itu bernikah.

Bapa Marissa yang juga pelakon Norman Hakim dan Abby bagaimanapun tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan dan meminta agar pasangan berkenaan berpisah.

Aslam dan Marissa bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan berpisah.



Aslam juga dikatakan sudah memaklumkan kepada isterinya untuk berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun itu.

Marissa didakwa mengajak Aslam untuk bernikah selepas lelaki itu kembali rujuk dengan Misya pada Oktober tahun lalu.

Pada September lalu kecoh dalam media sosial apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan anak perempuan kepada Abby dan Norman.

Misya menerusi satu hantaran dalam media sosial mendedahkan Marissa didakwa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suami. BH



Bertabahlah Misya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?



Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker