‘Superbike’ suami terbabas, isteri terkorban

TAMPIN: Seorang pembonceng wanita maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang suaminya terbabas di Kilometer 8, Jalan Gemencheh-Batang Melaka di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun bersama suaminya dikatakan menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Ayer Molek, Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, berkata mangsa yang juga suri rumah cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



“Berlaku satu kes kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal yang terbabas sendiri. Siasatan awal mendapati motosikal jenis BMW RT2 dari arah Ayer Molek menuju ke Palong 1, Negeri Sembilan.

“Sejurus tiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki berusia 52 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amiruddien berkata, akibat nahas itu pembonceng wanita berkenaan cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penunggang cedera ringan di tangan kanan.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 diteruskan,” katanya.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil ke Balai Polis Trafik IPD Tampin atau menghubungi talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker