Terfikir nak minta bantuan gereja, jangka hayat saya makin pendek

Terfikir nak minta bantuan gereja, jangka hayat saya makin pendek

JOHOR BAHRU: “Ikutkan hati, saya hampir putus asa dan pernah terfikir untuk meminta bantuan gereja kerana hingga kini masih masih gagal mengumpul RM420,000 bagi membeli 24 suntikan disyorkan doktor,” kata pesakit kanser limfoma tahap dua, Norfarahain Abd Manap, 34.

Suri rumah itu berkata, dia tidak menafikan menerima beberapa sumbangan one-off namun jumlah berkenaan hanya mampu menampung kos ulang-alik ke hospital.



Hingga kini permohonannya untuk mendapatkan bantuan daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF) mahupun Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) masih tiada jawapan.

Semakin hari dia tertekan memikirkan nasib kerana jangka hayatnya juga semakin pendek berikutan masih gagal mendapatkan rawatan sesuai.

“Ubat yang disyorkan doktor menyamai dengan harga sebuah rumah iaitu RM420,000, …memang kami tidak mampu.

“Dengan pendapatan suami yang bekerja sebagai anggota tentera, Muhammad Adam Abdullah, 29, kami perlu menyara dua anak hasil perkahwinan pertama saya.



Sementara itu, Muhammad Adam berkata, suntikan pembrolizumab diperlukan untuk meningkatkan peluang hidup.

Menurutnya, ubat itu disyorkan doktor bertujuan meningkatkan sistem imunisasi badan bagi mengesan, melawan sel tumor secara sasaran dan meningkatkan peluang hidup buat penghidap kanser paru-paru.

“Isteri memerlukan 24 suntikan berharga RM420,000, harganya sangat tinggi. Sudah hampir sebulan kami memohon bantuan kewangan bagi perubatan isteri, kami merayu agar agensi berkaitan membantu sebelum berlaku sebarang kemungkinan,” katanya.

Pada 2 Ogos lalu, Harian Metro mendedahkan kisah suri rumah berkenaan yang didiagnos menghidap kanser limfoma peringkat awal Ogos tahun lalu dan menjalani rawatan kemoterapi yang tamat Februari lalu.



Sel kansernya kembali aktif Jun lalu dan sudah merebak serta mencecah tahap dua selain merebak ke paru-paru.

Hasil pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan), wanita itu didapati memiliki ketumbuhan sebesar 12 sentimeter di paru-paru hingga mengganggu sistem pernafasan. Ia menyebabkannya kerap batuk, sesak nafas serta badannya lemah. BH

Orang ramai yang ingin meringankan beban Norfarahain boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank miliknya di 162786154316.

Terfikir nak minta bantuan gereja, jangka hayat saya makin pendek



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling



Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian



Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker