3 dalam 1: Culik, amang seksual dan samun

3 dalam 1: Culik, amang seksual dan samun

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menculik dan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dan menyamun seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Kangkar Baru, Yong Peng, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada pukul 4.45 petang.



Katanya, terdahulu pada 14 Disember lebih kurang pukul 5 petang, suspek bertindak melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di hadapan rumah di Taman Teratai, Kangkar Pulai.

“Kemudian pada pukul 5.30 petang, suspek membawa mangsa menaiki kenderaan ke Stulang Laut dan telah menyamun RM500 terhadap seorang orang kurang upaya (OKU) berusia 20 tahun.

“Suspek kemudian mengarahkan OKU berkenaan untuk merakam perbuatan amang seksual terhadap mangsa kanak-kanak dalam kenderaan dipandu suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa OKU kemudian ditinggalkan di tepi jalan kawasan Stulang Laut dalam keadaan selamat manakala mangsa kanak-kanak yang ketakutan ditemui orang awam di hadapan sebuah kedai makan di Kangkar Pulai.



“Operasi yang dijalankan telah berjaya menahan suspek dan turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Waja kelabu dan sebuah telefon bimbit.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 20 Disember oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru,” ujarnya.

Ayob Khan turut memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan. K Online

3 dalam 1: Culik, amang seksual dan samun




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik



Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker