Siti Fairuz kahwini peminat setia

Siti Fairuz kahwini peminat setia

Selepas enam bulan perkenalan, penyanyi Datuk Siti Fairuz Sheikh Mohamad, 59, memilih peminat setia sebagai pasangan hidupnya.

Penyanyi lagu Bila Rindu Ku Sebut Namamu itu disatukan dengan usahawan, Syed Mohamad Syed Ismail, 72, di Jabatan Agama Islam Kuantan, Pahang, semalam.



Siti Fairuz berkata, dia dan suami memilih Ramadan untuk diijab kabulkan kerana ingin mengambil keberkatan bulan mulia itu.

“Hubungan kami bermula sebagai penyanyi dan peminat.

“Namun selepas mengenal hati budi, saya kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga.

“Dia adalah peminat setia saya sejak dahulu. Ketika itu, saya hanya melayannya sebagai artis dan peminat.



“Namun, siapa sangka sepanjang enam bulan perkenalan, kami mempunyai banyak persamaan.

Suami miliki ciri-ciri imam yang saya inginkan dan hampir semua ciri yang ada kepadanya memikat hati saya.

“Dari situ Allah bukakan hati, sedangkan saya sebenarnya tidak berhasrat berkahwin lagi,” katanya kepada BH Online.

Siti Fairuz dan suami dijangka mengadakan majlis resepsi selepas Aidilfitri ini.



Bersyukur perkahwinan kali ini direstui anak-anak, Siti Fairuz berkata, dia mempercepatkan majlis pernikahan bagi memudahkan pergerakan bersama.

Sebelum ini, Siti Fairuz pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zainuddin pada 1998, namun berpisah pada Julai 2008.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata. BH

Siti Fairuz kahwini peminat setia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker