‘Naik pangkat’ kalau menang lebih empat kerusi, Ahmad Said diberitahu

#PRU15

‘Naik pangkat’ kalau menang lebih empat kerusi, Ahmad Said diberitahu

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Ahmad Said diberi misi untuk memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen di negerinya bagi Barisan Nasional pada PRU15.

Pengerusi BN, Zahid Hamidi, menjanjikan ganjaran untuk veteran Umno itu sekiranya beliau memenuhi misi itu dan menawan beberapa lagi kerusi.



“Pengerusi BN negeri berjanji dengan saya, daripada lapan kerusi Parlimen sekurang-kurangnya empat kita rampas. Tok Mat (Ahmad Said) kalau nak naik pangkat bukan setakat empat, tapi mesti lebih daripada itu,” katanya ketika berucap di pelancaran jentera BN di Hulu Terengganu petang tadi.

Zahid bagaimanapun tidak menjelaskan kenaikan pangkat yang dimaksudkan beliau.

Ahmad pernah menjadi menteri besar Terengganu dari 2008 hingga 2014. Pelantikan beliau menjadi kontroversi, kerana perdana menteri ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi, memilih seorang lagi veteran Umno, Idris Jusoh.

Meneruskan ucapannya, Zahid yakin tidak mustahil BN dapat merampas kembali Terengganu daripada PAS dengan kesatuan dalam kepimpinan negeri gabungan itu.



“Saya amat yakin penyatuan yang ada dalam kepimpinan BN di Terengganu ini tidak syak lagi, saya amat yakin dengan kepimpinan Mat Said sebagai pengerusi BN negeri,” katanya.

Henti budaya cah keting kalau mahu menang

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, yang juga perdana menteri sementara menyeru BN jangan bertikam sesama sendiri sekaligus melemahkan gabungan itu jika mahu menawan Terengganu.

Beliau berharap semua ahli gabungan itu menerima semua calon yang dipilih kepimpinan untuk mewakili BN pada PRU nanti.



“BN Terengganu bukan tak kuat. Berapa lama kita perintah Terengganu? Tapi kerana adanya ‘cah keting’ akhirnya kita kecundang di tempat sendiri,” katanya.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS pada PRU14 iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun, dan Kemaman.

BN bertahan di Besut dan Hulu Terengganu, namun wakil rakyatnya, Rosol Wahid kemudian menyertai Bersatu. FMT

‘Naik pangkat’ kalau menang lebih empat kerusi, Ahmad Said diberitahu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker