Pelakon Republik Gombak cetus huru-hara?

Pelakon Republik Gombak cetus huru-hara?

Biarpun kali pertama digandingkan bersama, namun pelakon Farouk Hussain tidak menghadapi masalah mencari keserasian dengan pelakon drama Republik Gombak.

Drama arahan Rusdi Ramli bertemakan semi komedi itu kini sedang ditayangkan di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang.



Selain Farouk, ia turut dibintangi Achong Sweetchild, Azza Elite, Amyza Aznan, Afieq Shazwan, Myra Natasha, Ayunie Rizal dan Imran Aqil.

Farouk berkata, mungkin sudah lama mengenali Achong, Amyza dan Azza, jadi mudah mencipta keserasian.

Tambahan pula, katanya, sikap ‘gila-gila’ membuatkannya seronok hadir ke lokasi penggambaran.

“Saya membawakan watak Din Serai, seorang yang berbangga menjadi sebahagian warga Gombak dan obses dengan benda yang ‘Made In Gombak’.



“Din Serai berasal dari utara, tetapi berkahwin dengan pasangan berasal dari Gombak iaitu Siah Goggle (Amyza). Ini kali pertama saya digandingkan dengan semua pelakon, tetapi berjaya mencipta keserasian dengan mudah.

“Mungkin sikap ‘gila-gila’ menyebabkan suasana di lokasi penggambaran menjadi huru-hara. Malah, kami tidak terasa seperti berlakon, kerana semua orang seronok dan tiada jurang antara pelakon lama dan baharu,” kata Farouk.

Bukan sahaja pelakon yang mudah ‘ngam’, malah sikap pengarah dan kru yang semuanya satu kepala memudahkan kerja, malah menjadikan penggambaran selama dua bulan setengah satu pengalaman sangat menyeronokkan.

“Kami langsung tidak tertekan sepanjang lebih dua bulan penggambaran berjalan. Oleh kerana terlalu seronok, kami berharap drama ini akan disambung lagi.



“Drama ini bukanlah drama komedi sepenuhnya, tetapi ia separa komedi, namun sarat dengan pengajaran untuk mereka yang menontonnya. Komedi dipaparkan juga bukanlah meleret-leret, tetapi semula jadi.

“Republik Gombak mencerminkan realiti kehidupan bermasyarakat. Apa yang berlaku dalam sebuah kawasan kejiranan dan apa yang dilakukan menyelesaikan masalah yang timbul.

“Drama ini juga bukan kisah cinta meleret, tetapi cerita keluarga dan sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur,” kata Farouk.

Drama sebanyak 20 episod diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd itu mengisahkan keluarga Din Serai yang sudah lama menetap di Gombak dan mengenali semua jiran tetangganya.



Kadaq dan keluarganya baru berpindah ke Gombak dan baru tahu ditipu oleh ejen hartanah apabila sampai ke rumah baharu.

Persekitaran di kejiranan baharu sangat mesra, namun ia tidak diidamkan. Kadaq tidak pernah terbabit dengan apa-apa aktiviti dianjurkan Din Serai dan situasi itu membuatkan mereka seperti bermusuhan. BH

Pelakon Republik Gombak cetus huru-hara?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker