Lelaki sakit mental meninggal dunia, jiran terkejut jumpa tabung arwah melebihi RM29,000

Penduduk mengira wang yang dikumpulkan Minan di rumahnya. – Istimewa

Penduduk sebuah kampung di Depok, wilayah Jawa Barat terkejut apabila menemui wang simpanan milik seorang lelaki yang menghidap masalah mental berjumlah 100 juta rupiah (RM29,005) di rumahnya, lapor portal berita Okezone semalam.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Minan, sebelum itu meninggal dunia.

Ketika hidupnya, dia dikatakan sering menerima wang sumbangan orang ramai yang bersimpati melihat  keadaannya.

“Arwah tidak meminta-minta tetapi menerima sumbangan daripada orang yang keluar masuk ke stesen minyak dan dikumpul selama berpuluh-puluh tahun.



“Sebelum meninggal dunia, dia dikhabarkan jatuh sakit dan hidup sebatang kara,” demikian menurut keterangan daripada sebuah klip video yang dikongsikan di media sosial.

Berdasarkan video tersebut, beberapa orang dilihat mengumpul dan mengira wang di rumah Minan.

“Kami menemui wang dalam rumah Minan yang selepas dikira, ia berjumlah 100 juta rupiah (RM29,005),” kata hantaran tersebut. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis



Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker