Perkhidmatan Monorel stesen KL Sentral-Medan Tuanku terjejas

KUALA LUMPUR: Operasi Monorel mengalami gangguan perkhidmatan hari ini susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata berikutan itu tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

“Pihak operasi mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara iaitu dari KL Sentral ke Medan Tuanku dan tren perantara antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1).



“Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan semua stesen Laluan Monorel sudah dilakukan untuk makluman penumpang,” kata kenyataan berkenaan.

Selain itu, Rapid KL juga sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan berkenaan secepat mungkin.

Rapid KL akan memaklumkan sebarang kemaskini secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.

“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih atas kesabaran penumpang,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini sebab mengapa lelaki jadi Puntianak berkeliaran di sekitar Banda Hilir Melaka



Cuaca terlampau panas, penduduk buat eksperimen goreng telur [VIDEO]

Pengganti Chong Wei, Nicol dan Azizulhasni ada di sekolah rendah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker