Search rakam lagu raya buat kali pertama

Sujud Aidilfitri sentuh emosi Search

Search rakam lagu raya buat kali pertama

Kumpulan rock ikonik, Search melakar sejarah peribadi apabila julung kali merakamkan lagu raya selepas hampir empat dekad berada dalam industri seni.

Karya ciptaan Jun dan Search berjudul Sujud Aidilfitri itu kental dengan genre rock dan balada serta mempunyai ciri khas pemilik vokalisnya, Datuk Amy.



Mengulas pembikinan lagu itu, Amy berkata, tiada ‘extravaganza’ mengenai Sujud Aidilfitri, namun lebih menekankan mesej yang ingin disampaikan Search menerusi bait lirik dihasilkan.

“Lagu Sujud Aidilfitri memiliki lirik lebih menyentuh dan beremosi sesuai dengan suasana Aidilfitri.

“Lirik dalam lagu Sujud Aidilfitri lebih bersifat kepada muhasabah diri, merenung kekhilafan yang dilakukan, seterusnya dengan rendah hati memohon kemaafan.

“Aidilfitri, hari kemenangan dan 1 Syawal secara tradisi dimulakan dengan bermaafan sebelum umat Islam menyambutnya dengan penuh bahagia.



“Inilah yang ingin disampaikan dalam lagu Sujud Aidilfitri. Sebuah sengketa dapat terhapus dengan satu kemaafan yang sejati,” ujarnya.

Tambah kumpulan yang turut dianggotai Nasir, Man Kidal dan Hillary Ang itu, keputusan merakamkan lagu Sujud Aidilfitri sebagai usaha menghidupkan budaya memiliki lagu raya yang semakin jarang dirakamkan kerana kecenderungan pendengar memilih mendengar lagu raya lama yang bersifat malar segar.

“Tidak dinafikan akan ada lagu raya baharu dirakamkan, tetapi dengan genre atau suasana lagu lebih cenderung meriah atau bersifat keraian.

“Jadi, Search memilih nuansa lebih kental daripada melodi dan liriknya sesuai dengan kematangan kami,” ujar Nasir yang juga pemain bes kumpulan itu.



Dipasarkan oleh Universal Music, lagu Sujud Aidilfitri yang kini sudah mula boleh didengari di corong radio turut memiliki muzik video yang berlatar belakangkan keindahan panorama Negeri Terengganu.

“Search amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu kerana kolaborasi yang terjadi untuk melancarkan klip video Sujud Aidilfitri.

“Kami memilih Terengganu kerana mahu memiliki suasana desa, damai dan bersesuaian dengan keseluruhan konsep lagu Sujud Aidilfitri,” cerita Seach mengenai muzik video arahan Datuk M Razlan Ismail itu.

Lagu Sujud Aidilfitri boleh didapati platform digital pada pertengahan minggu ini. BH



Search rakam lagu raya buat kali pertama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis



Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN



Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker