Polis kesan individu hantar emel ancaman bom

MANJUNG – Pihak polis kini sedang mengesan individu yang menghantar emel berhubung ancaman bom kepada sebuah sekolah khas di Sitiawan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, guru besar sekolah tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung hari ini bahawa pihaknya menerima emel dari Kementerian Pendidikan berkaitan ancaman bom di sekolah-sekolah kira-kira pukul 11.20 pagi.

“Pengadu turut dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa pada 21 November lalu lebih kurang pukul 11.57 pagi, pihaknya telah menerima emel mengenai ancaman bom daripada seorang individu tidak dikenali.



“Emel tersebut lebih berunsurkan kepada ugutan jenayah dengan menyatakan bahawa bahan letupan telah ditanam di sekolah. Ia turut mendatangkan kebimbangan secara menakut-nakutkan pihak sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Nordin berkata, kes tersebut sedang disiasat pihaknya dan punca kejadian masih belum diketahui.

“Usaha mengesan individu yang terlibat kini masih diteruskan. Pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Suhailah Sahabat di talian 016-5845480 bagi membantu siasatan,” katanya



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker