DAP-MCA pertahan isu arak untuk kepentingan tauke?

Kelantangan parti DAP dan MCA ‘memperjuangkan’ hak orang bukan Islam untuk meminum arak, langsung tidak memberi sebarang manfaat. 

Mereka kononnya mendakwa ia adalah hak mereka untuk mabuk dan kerajaan tidak sewajarnya campur tangan, namun mata siapakah yang mereka cuba kaburi, soal Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan. 

“Saya lihat mereka tak faham apa yang diperjuangkan itu, bukanlah kepentingan untuk masyarakat. 



“Masyarakat tak memerlukan rokok atau arak kerana semua itu pembaziran. Membeli perkara yang sia sia, tak memberi manfaat. Bahkan memudaratkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net 

Bukan itu sahaja, beliau berkata, kerisauan yang paling penting apabila isu arak dikaitkan dengan aspek keselamatan. 

Betapa mudaratnya arak ini kepada masyarakat sehingga banyak nyawa terkorban, yang seolah-olah tidak diambil peduli oleh parti DAP dan MCA.

“Apabila ada pemandu mabuk, berlaku kemalangan di jalan raya, ada yang meninggal dunia. Pemandu mabuk tak kena apa-apa tapi yang meninggal orang Melayu, kadang-kadang. Akhir sekali pampasan pun tak dapat. Hukuman pun tak setimpal. Sebab isu arak dilindungi oleh akta tak masuk akal. 



“Konon kata itu hak mereka untuk mabuk, tetapi mabuk di jalan raya. Kita pun pening. Dia pusing-pusing, akhirnya tak jumpa hujung pangkal. Yang terbunuh tak dapat apa-apa pembelaan. Yang membunuh tak dapat hukuman,” katanya.

Bahkan, masyarakat umum juga dapat melihat bahawa arak ini adalah punca pergaduhan dan perbalahan. 

Menteri Kewangan perlu bertaubatlah, banyak kes bunuh, jenayah akibat arak



Buktinya, terdahulu, pimpinan masyarakat India turut bersetuju dengan larangan arak ini ekoran kesannya yang telah memecah-belahkan banyak keluarga, kata Ustaz Fahmi.

“Sebab apa, banyak orang India bergaduh berpunca daripada arak. Balik rumah mabuk, pukul isteri, minta duit. Menjadi punca kepada perceraian dan perbalahan suami isteri dalam masyarakat India.

“Jadi apa kepentingan mereka (DAP dan MCA) membela isu arak? Kepentingan tersebut adalah untuk mereka. Adakah mereka pertahan isu arak dan rokok kerana tauke inilah yang menaja perjuangan politik mereka?,” soalnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Fahmi berkata, melalui carian di Google didapati salah seorang ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat arak adalah orang Melayu.



“Board of Director syarikat arak di Malaysia, one of them adalah orang Melayu. Untuk memastikan isu ini didiamkan, mereka pandai. Mereka letak orang Melayu dalam tu. Dalam projek Reset Malaysia pun ada individu itu. 

“Kalau kita tengok permainan politik DAP dan MCA tak berubah. Terlepas dari mulut buaya masuk mulut harimau. Kita takkan selamat sampai bila-bila dengan adanya parti cauvinis ini,” katanya.

Berikutan itu, BERJASA memohon agar rakyat dan pemimpin sedar perkara ini.

“Sudah-sudahlah kerjasama dengan mereka. Kita adakan kerjasama politik di antara masyarakat Islam dan Melayu. Ikhlas dalam perjuangan.



“Kita susun agenda supaya kita ada matlamat yang jelas dan ada hasil yang baik untuk memerintah negara, insya-Allah,” katanya. ismaweb

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mursyidul Am PAS akui akar umbi pilih Muafakat Nasional

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker