Bekas timbalan presiden MIC, Subra meninggal dunia

Bekas timbalan presiden MIC, Subra meninggal dunia

Bekas timbalan presiden MIC, S Subramaniam, 78, yang berada dalam koma di rumahnya sejak mengalami pendarahan otak 11 tahun lalu, meninggal dunia, hari ini.

Menurut rakan keluarga, mendiang disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam, dikelilingi ahli keluarga lain. Urusan pengebumian akan diumumkan kemudian.



Mendiang yang lebih dikenali sebagai Subra, mengalami perdarahan serebrum akibat tekanan darah tinggi, pada Nov 2011. Mendiang berada dalam keadaan koma susulan pembedahan dan kekal berada dan semenjak itu berada keadaan berkenaan di rumahnya.

Mendiang merupakan timbalan presiden MIC paling lama berkhidmat bermula 1979 hingga 2006, yang menyaksikan pertembungannya dengan presidennya, S Samy Vellu.

Subra juga pernah menjadi Ahli Parlimen Damansara dan Segamat selama enam penggal dan pernah dilantik senator selama dua penggal, sejak kerjaya politiknya bermula, pada 1974. Selepas pertembungannya dengan Samy Vellu, mendiang digugurkan sebagai calon, pada pilihan raya umum 2004.

Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri bagi beberapa penggal di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi. FMT



Bekas timbalan presiden MIC, Subra meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat



MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos

Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker