Teman wanita pula meninggal dunia

Pasangan kekasih melecur hampir keseluruhan badan dalam kebakaran membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

Teman wanita pula meninggal dunia

Ipoh: Wanita melecur seluruh badan selepas terbabit dalam kebakaran bersama kekasihnya di Taman Utama, Bercham sudah meninggal dunia.

Wanita berusia 57 tahun itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 9.48 malam tadi.



Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisoner Yahaya Hassan melalui kenyataan hari ini.

Sebelum ini teman lelaki wanita itu yang berusia 64 tahun disahkan meninggal dunia dalam kejadian pada jam 6.52 petang, 29 Februari lalu.

Lelaki warga emas berumur 64 tahun itu dijumpai dengan 90 peratus kesan lecuran manakala teman wanitanya mengalami lecuran 70 peratus.

Sementara itu Yahaya meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang serta masa bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh, adil, dan saksama



Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019 bagi membantu siasatan. HM

Teman wanita pula meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’



Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker