PM jamin biasiswa JPA dalam bidang perubatan, pergigian & farmasi tetap diteruskan

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneruskan pemberian biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Menurutnya, keputusan menghentikan tajaan di bawah JPA adalah dasar kerajaan terdahulu.

“Minggu lalu ada perjumpaan khas dengan JPA dan mereka katakan itu dasar sedia lama, dasar yang lalu.



“Saya minta dasar dikaji semula berdasarkan unjuran keperluan sektor perubatan, farmasi, pergigian,” katanya semasa sesi “Temu Anwar” di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementeriannya sedang berbincang dengan JPA berhubung keputusan menghentikan penajaan jabatan berkenaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Pada 8 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali berkata JPA telah menghentikan pemberian biasiswa kepada pelajar yang berhasrat mengikuti program pergigian dan farmasi, selain perubatan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker