TMJ pamer skil tulis khat, kaligrafi Cina

TMJ pamer skil tulis khat, kaligrafi Cina

TANGKAK: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempamerkan bakatnya melukis seni khat dan kaligrafi semasa rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 singgah di Sawah Ring, dekat sini.

Kawasan penanaman padi terkenal itu adalah lokasi pertama pada hari ketiga jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 yang merentasi tiga daerah dengan menempuh perjalanan sejauh 169 kilometer.



Berangkat sama adindanya, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Seorang pelukis kaligrafi, Lee Chin Chok, 72, mengakui gugup ketika memegang tangan Tunku Ismail semasa menunjukkan cara menghasilkan kaligrafi tersebut.

“Saya bagai tak percaya dapat pegang tangan TMJ (Tunku Mahkota Johor). Sebelum ini memang tak pernah dan rasa bertuah dipilih dapat bersama-sama pada pameran di Sawah Ring,” katanya.

Sementara itu, penggiat seni khat tersebut, Sufian Kamaruddin, 39, mengaku teruja semasa Tunku Ismail menyaksikan hasil karyanya dan mencuba melukis seni khat tersebut.



“Tulisan yang mendapat sentuhan TMJ ini akan saya simpan dan bingkaikan sebagai kenangan terindah.

“Ini mungkin pengalaman pertama dan terakhir selain diabadikan sepanjang hidup saya. Bukan senang nak berjumpa secara depan-depan dengan Tunku Ismail,” katanya

Dalam pada itu, Tunku Idris, Tunku Abu Bakar serta Dennis Muhammad turut meluangkan masa menyaksikan pertandingan sukan rakyat, iaitu menangkap ikan dalam petak sawah, tarik tali serta boling sawah.

Selepas kira-kira sejam beramah mesra dengan rakyat jelata di lokasi tersebut, rombongan KMJ 2023 meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, iaitu Hutan Taman Negeri Ayer Hitam Utara, Pagoh.



Selepas itu, rombongan tersebut singgah di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat.

KMJ yang memasuki edisi ke-23 sejak dianjurkan pada tahun 2001 merupakan cetusan idea Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika baginda menjadi Tunku Mahkota Johor.

Pada edisi kali ini, KMJ diadakan selama empat hari yang diketuai Tunku Ismail dengan menempuh perjalanan sejauh 879 kilometer merentasi kesemua 10 daerah.

Pada hari terakhir hari ini, konvoi KMJ 2023 akan menjelajah ke daerah Pontian dan Kulai sebelum kembali ke Johor Bahru. Utusan



TMJ pamer skil tulis khat, kaligrafi Cina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker