‘Berkat doa semua, kita cuba lagi, kita bagi peluang dan ruang’ – Zulin dan suami berbaik semula

PELAKON, Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah hubungannya dengan suami, Farhan Norzaini kembali pulih.
Zulin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya menganggap segala perkara yang berlaku itu ada ujian buat mereka.
“Berkat doa semua, kita cuba lagi. Kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Kita bagi peluang dan ruang.

“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Terima kasih mendoakan kami, ujian ini sangat berat tapi hikmah dia sangat indah.

“Alhamdulillah. Ada sebab kenapa post itu dibuat. Ada sesuatu pekara yang berlaku, yang mana tahu je tahu.
Alhamdulillah asbab dan hikmah disebalik itu,” coretnya.
Dalam pada itu, rakan artis juga turut mendoakan yang terbaik buat Zulin dan suami.
“Semoga semuanya dipermudahkan Kak Zulin,” tulis Puteri Aishah.
“Alhamdulillah,” komen Adira.
“Alhamdulillah,” coret Elly Mazlein.
Zulin sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan perkahwinannya dengan Farhan sudah berakhir.
Zulin juga menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan di Instagram bukanlah gimik atau ‘content’ seperti yang didakwa segelintir netizen.
Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan. — Gempak

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker