Kekuatan Hizbullah 10 kali ganda banding Hamas

Kekuatan Hizbullah 10 kali ganda banding Hamas

BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, semalam mengerahkan tentera untuk bersiap siaga di wilayah utara bagi menghadapi serangan Hizbullah.

Beliau berkata arahan itu sebagai persiapan yang diperlukan di wilayah berkenaan kerana waspada dengan kekuatan Hizbullah yang 10 kali lebih kuat daripada Hamas.



Lapor stesen penyiaran KAN, kenyataan itu dibuat sewaktu Gallant menghadiri mesyuarat tertutup dengan pegawai kanan kerajaan.

Pada pertemuan itu, Gallant meminta pegawai kerajaan supaya memuktamadkan pemindahan peralatan ketenteraan di wilayah utara.

Mengikut kenyataan tentera Israel dan Hizbullah, masing-masing melancarkan serangan antara satu sama lain sepanjang hari.

Sekurang-kurangnya 10 pejuang Hizbullah terbunuh sejak tercetusnya keganasan di sempadan Lubnan dan Israel.



Ketegangan itu berlaku di tengah-tengah serangan udara Israel di Semenanjung Gaza berikutan Operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut oleh Hamas pada 7 Oktober ke atas bandar sempadan Israel.

Sekurang-kurangnya 3,478 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan didalangi Israel ke atas Gaza, manakala lebih 1,400 warga Israel terbunuh sejak operasi bermula.

Hizbullah sudah banyak kali berperang dengan Israel, terbaru pada 2006 yang mana kumpulan pejuang dari Lubnan itu melancarkan serangan roket ke arah beberapa bandar utama Israel.

Serangan kumpulan itu mengakibatkan kerosakan harta benda dan lebih 1,000 rakyat Lubnan terbunuh dalam konflik berkenaan ekoran serangan Israel. BH



Kekuatan Hizbullah 10 kali ganda banding Hamas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker