Anak Makcik Kemboja dakwa marah bekas staf, bukan netizen


Anak Makcik Kemboja dakwa marah bekas staf, bukan netizen

JOHOR BAHRU: Individu yang mendakwa anak wanita warga Kemboja yang tular berikutan kenyataan mendakwa Melayu malas, mendedahkan menerima banyak ugutan selepas video kemarahannya tular di media sosial.

Bagaimanapun lelaki yang dikenali sebagai Ezuan itu mendakwa video terbabit di TikTok telah diedit.

Ezuan dalam hantaran di platform X mendakwa, video kemarahannya itu ditujukan kepada bekas pekerja syarikat ibunya dan bukan kepada netizen mahupun masyarakat umum.



Katanya, konten yang dibuat sepanjang dua minit tujuh saat telah diubah menjadi 29 saat yang viral telah diedit sehingga menimbulkan provokasi terhadap masyarakat.

“Semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah mengesan satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings. Beliau telah memuatnaik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah. Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut.

“Dalam video original yang dimuatnaik oleh saya, saya ada sebut mencabar dia secara spesifik dengan menyebut nama penuh dia sekali.

“Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen,” tulisnya.



“Saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.

“Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia (bekas pekerja ibu). Saya minta anda (netizen) menilai sendiri,” katanya.

Semalam, tular video kemarahan dengan tindakan Ezuan yang mencabar menggunakan bahasa yang kurang sopan tular di media sosial.

Video terbabit mendapat kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuashati dengannya. BH



Anak Makcik Kemboja dakwa marah bekas staf, bukan netizen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai



Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi



Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker