Suasana ‘hiba’ selepas Najib bertemu penyokong

Suasana ‘hiba’ selepas Najib bertemu penyokong

Suasana di Mahkamah Persekutuan sedikit ‘hiba’ selepas bekas perdana menteri, Najib Razak bertemu dengan penyokongnya di luar bangunan Mahkamah Persekutuan.

Ada penyokong menangis kerana tidak dapat menerima kenyataan selepas Najib memberitahu, beliau tidak mendapat keadilan dalam kes rayuan SRC International.



Sebaik Najib bertemu dengan penyokongnya, kedengaran penyokong bekas perdana menteri itu melaungkan perkataan ‘zalim’.

Penyokong Najib dilihat tidak berganjak dan mengikuti perkembangan kes rayuan hari ini sejak jam 8 pagi tadi.

Lebih 300 penyokong Najib masih berkumpul di luar bangunan menantikan keputusan kes rayuan itu walaupun keadaan di luar Mahkamah Persekutuan pada ketika ini berhujan.

Dalam pada itu, terdapat penyokong Najib juga yang mendakwa media telah membuat ‘spin’ dalam laporannya.



Ketegangan sedikit berlaku di luar bangunan Mahkamah Persekutuan selepas wakil media menerangkan tugas mereka kepada penyokong Najib yang tidak berpuas hati dengan laporan mengenai kes itu.

Penyokong Najib dilihat masih menunggu bekas perdana menteri itu

Suasana ‘hiba’ selepas Najib bertemu penyokong


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker