Influencer bengang anaknya diberi susu badan oleh orang luar

Influencer bengang anaknya diberi susu badan oleh orang luar

Seorang influencer berstatus ibu meluahkan rasa terkilan apabila mendapat tahu anaknya disusukan oleh orang luar tanpa pengetahuannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu menceritakan pengalaman anaknya disusukan oleh kenalan rapatnya sendiri sebanyak dua kali.



Menurut wanita itu, kejadian yang pertama terjadi semasa semua orang sibuk untuk persiapan majlis akikah.

“Kalau sebelum ni kita tak nak orang luar cium anak kita, tak nak orang luar peluk anak kita sebab takut terkena macam-macam penyakit tapi apa yang saya kena ialah orang menyusu anak saya tanpa izin saya. Dia direct menyusu Hayder masa sebelum majlis Hayder berlangsung.

“Waktu tu saya tengah sibuk angkat-angkat barang dan dia terus minta Hayder dari saya, dan saya pun bagi saja sebab kenalan rapat dan tak expect dia boleh buat bukan-bukan.

“Tapi, masa saya angkat-angkat barang tu saya nampak dia macam buat sesuatu menghadap ke belakang di dalam surau dan rupanya dia tengah susukan Hayder,” katanya.



Apa yang lebih membuatkan orang ramai geram lagi apabila individu berkenaan mendakwa bayi tidak berhenti menangis dan ia menjadi penyebab dia terus memberikan susu badannya.

“Alasan dia sebab anak saya nangis, tapi anak saya baru saja lepas menyusu dengan saya dan saya memang tak boleh terima alasan dia tu. Saya tak tahulah sampai bila saya akan dihantui dengan perkara ni.

“Mak mana yang boleh terima anak dia disusukan oleh orang lain sedangkan mak dia ini ada susu badan. Anak saya minum susu formula dan susu badan, jadi tak ada isu dia boleh buat sesuka hati.

“Kalau fikiran orang waras dia takkan berani nak susukan anak orang, kalau budak tu nangis sekali pun dia akan bagitahu mak budak tu untuk susukan anak dia sendiri,” katanya lagi.



Video tersebut meraih lebih 2 juta tontonan dan lebih 4,000 komen yang terkejut dengan situasi berkenaan, malah ada yang mengatakan pertama kali mendengar kes sebegitu.

“Sakitnya hati aku dengar yang ni! Faham sangat, kalau aku pun tak sanggup dah tiba-tiba ada susuan ibu baru. First time dengar cerita macam ini, yang bukan-bukan orang sekarang ni,” ujar netizen. Xtra

Influencer bengang anaknya diberi susu badan oleh orang luar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid



Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker