Guna media sosial balun musuh, bukan sesama sendiri

Guna media sosial balun musuh, bukan sesama sendiri

Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dinasihatkan supaya tidak menggunakan media sosial untuk menegur atau memberi pandangan dan komen berhubung dasar parti.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan itu dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dan salah faham dalam kalangan MKT dan ahli akar umbi.



Menurut beliau, mereka tidak sewajarnya menzahirkan sebarang rasa tidak bersetuju secara terbuka melalui Facebook atau dengan apa cara sekali pun sehingga boleh memperlihatkan wujudnya ‘perkelahian’ di antara mereka.

“Gunakan media sosial untuk balun lawan. Bukan untuk balun sesama sendiri. Nak balun sesama sendiri gunakan mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kebelakangan ini, dua Ahli MKT UMNO iaitu Datuk Lokman Noor Adam dan Isham Jalil sering ‘bertikam lidah’ melalui media sosial bagi menyuarakan pandangan masing-masing mengenai dasar dan hala tuju parti.

Semalam, Lokman menggesa Isham meletak jawatan sekiranya beliau tidak boleh menerima keputusan MKT UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dipersetujuinya ketika masih menjadi Ketua Penerangan parti.



Mustapha turut mengingatkan ahli-ahli MKT bahawa mereka terikat dengan sumpah dan diamanahkan oleh ratusan ribu perwakilan yang memilih mereka mewakili jutaan ahli UMNO.

Beliau meminta mereka supaya jangan memperlekehkan diri sendiri dengan mengambil tindakan yang boleh dilihat seperti tidak tahu tata susila sebagai ahli MKT.

“Gunakan cara dan saluran yang betul. Mesyuarat MKT tempat mereka berbincang.

“Berhujahlah. Bertengkarlah. Berkelahilah. Jangan gunakan media sosial,” jelasnya.



Mustapha menambah, Veteran UMNO bimbang dengan trend suka berterus-terang secara terbuka melalui media sosial kerana masalah parti tidak sepatutnya diuar-uarkan secara terbuka.

Sehubungan itu, beliau berkata, Veteran UMNO berharap supaya semua pemimpin terbabit mematuhi tata etika parti dan sumpah sebagai ahli MKT.

“Jangan sesekali memberi peluang kepada musuh untuk menangguk di air keruh,” jelasnya. MG

Guna media sosial balun musuh, bukan sesama sendiri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker