JDT mandi peluh tumbangkan PDRM

JDT mandi peluh tumbangkan PDRM

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan mereka menguasai Liga Super musim 2023 selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Namun, kemenangan terbabit bukan mudah apabila terpaksa menunggu sehingga sejam perlawanan bagi mendapatkan gol.



Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan memegang kelebihan lima mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Selangor FC (SFC) selepas sembilan perlawanan.

Skuad The Cops pula boleh berbangga kerana mereka hanya bolos satu gol saja menentang barisan anak buah Estaban Solari.

Dua peluang JDT menerusi Jordi Amat pada minit ke-12 melambung tinggi sebelum rembatan kencang Leandro Velazquez pada minit ke-18 diselamatkan penjaga gol, Nor Hakeem Hamidun.

Kesilapan Aliff Najmi Shaaini pada minit ke-19 nyaris dihukum JDT namun dia menebus kesilapannya apabila berjaya menghalang hantaran Afiq Fazail di hadapan gawang gol tuan rumah.



Nor Hakeem terus cemerlang apabila membaca sepakan penalti Bergson da Silva pada minit ke-43 sekali gus memastikan kedua dua pasukan terikat tanpa jaringan selepas 45 minit pertama.

Bersambung babak kedua, aksi ‘sebelah padang’ berterusan buat JDT yang mencuba daripada segenap sudut dan usaha keras mereka berhasil apabila Fernando Forestieri meledak gol kemenangan pada minit ke-61.

Ketinggalan satu gol, PDRM FC terus berdepan kesukaran apabila kehilangan seorang pemain selepas Kyaw Min Oo dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-74. HM

JDT mandi peluh tumbangkan PDRM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker