Masjid mesra kanak-kanak semakin dapat perhatian di Turkiye

ANKARA: Sebelum ini, masjid mesra kanak-kanak dan wanita tidak begitu biasa di seluruh Turkiye.
Banyak masjid dahulu menyediakan tempat berjemaah yang sempit dan terpencil untuk wanita dan tiada tempat khusus untuk kanak-kanak.
Ini kerana lebih ramai lelaki menggunakan masjid dan mendapat keutamaan, manakala keperluan wanita dan kanak-kanak diabaikan.
Tetapi generasi muda berpendapat bahawa masjid sepatutnya boleh diakses secara sama rata oleh semua.

Di Turkiye, selepas solat Tarawih, kanak-kanak dijemput bermain dengan Imam bagi menanam rasa selesa mereka untuk berkunjung ke masjid. Malah di beberapa masjid baharu, taman permainan diwujudkan di masjid.

Jika masjid tidak mempunyai tempat bermain di dalam, ia disediakan di luar masjid.
Satu ruang khas juga disediakan, di mana kanak-kanak bebas melakukan apa sahaja di dalam masjid tanpa membahayakan atau dianggap menceroboh.
Ia bagi menimbulkan rasa bahawa masjid adalah milik mereka dan dianggap seperti rumah, memberikan rasa sayang kepada masjid.
Sebagai contoh, keluarga yang mengunjungi Masjid Ahmet Akseki untuk solat Tarawih kini boleh membiarkan anak-anak mereka bermain di taman permainan dan membolehkan anak-anak menikmati masa di masjid tanpa rasa bosan.
“Kami tidak menerima sebarang maklum balas negatif. Semasa ibu bapa menunaikan solat, anak-anak mereka boleh bermain atau menemani ibu bapa mereka semasa solat.
Apa yang kami cuba lakukan ialah menjadikan masjid lebih mesra kanak-kanak,” kata Mansur Sağır, muazzin masjid.
Beberapa tahun lalu, seorang imam di utara bandar Kocaeli di daerah Başiskele, Turkiye, berjaya menarik sejumlah besar kanak-kanak ke kelas al-Quran pada musim panas di masjidnya dengan menjadikannya lebih mesra kanak-kanak dengan mewujudkan taman permainan baharu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker