Perlantikan Kabinet Perpaduan: Semua pihak harus hormati hak prerogatif PM

Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan), Datuk Mohd Azis Jamman berpandangan siapa pun yang dilantik membarisi kabinet Kerajaan Perpaduan ia adalah prerogatif Perdana Menteri yang patut dihormati.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sepanggar berkata, tidak sepatutnya timbul lagi soal kecewa kerana rakyat Sabah telah diberikan peluang untuk mengundi dan memilih.

“Saya melihat ada nada-nada kecewa khususnya di Sabah terhadap barisan kabinet yang telah dibentuk kerana kurangnya representasi Sabah di dalam kabinet.



“Namun saya berpandangan siapa pun yang dilantik itu adalah prerogatif Perdana Menteri yang patut dihormati dan tidak sepatutnya timbul lagi soal kecewa kerana rakyat Sabah telah diberikan peluang untuk mengundi dan memilih,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Azis berkata, rakyat telah memilih dan mengundi mengikut apa yang mereka percaya boleh membantu Sabah dan terbukti mereka lebih mempercayai keupayaan parti di Semenanjung berbanding parti di Sabah.

“Kita sewajarnya perlu menghormati keputusan rakyat dan melihat ke hadapan. Fokus seharusnya perlu diberikan kepada usaha untuk membantu rakyat kerana ramai rakyat yang terkesan dengan kegawatan ekonomi negara.

“Saya memahami ada juga segelintir penyokong Warisan yang kecewa kerana tiada representasi Warisan di dalam kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim.



“Pemilihan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu, Warisan telah memberikan perakuan bersumpah (SD) kepada Anwar walaupun ditawarkan dengan pelbagai jawatan dan habuan.

“Begitu juga setelah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Warisan sekali lagi menjadi parti terawal yang telah memberikan SD kepada Anwar, namun apabila kabinet dibentuk tanpa satu pun jawatan kabinet diberikan kepada Warisan berbanding parti lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Warisan wajar membuktikan kepada rakyat Malaysia dan Sabah khususnya bahawa Warisan bukanlah parti yang mengejar jawatan semata-mata tetapi yang berprinsip pada asas perjuangannya iaitu mengutamakan tuntutan kepada hak Sabah.

“Kita pastinya ingin melihat agar Anwar selaku Perdana Menteri akan menunaikan janjinya mengenai tuntutan Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Senarai Penuh Menteri Kabinet Anwar

Dilantik sebagai Menteri Ekonomi: Ini masanya untuk Rafizi gunakan ‘Formula’ bantu negara!




Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker