Projek tambak laut RM40 bilion Langkawi seperti dirancang

Projek tambak laut RM40 bilion Langkawi seperti dirancang

Sebuah pemaju swasta yang terlibat dalam sebuah projek membangunkan 800ha di Padang Mat Sirat di Langkawi telah membayar yuran komitmen sebanyak RM4.5 juta kepada kerajaan negeri Kedah.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor (PAS-Jeneri) berkata penyokong utama projek dikenali Widad@Langkasuka itu, Widad Business Group Sdn Bhd (Widad), juga telah memeterai perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 Mac.



Katanya, Widad menandatangani perjanjian dengan syarikat Bin Zayed International LLC (BZI) untuk menubuhkan syarikat tujuan khas (SPV) iaitu Widad VZI Sendirian Berhad.

Usahasama itu akan menyaksikan 99 buah pulau yang akan dibina dengan kos AS$9.6 bilion (RM40.2 bilion), menurut portal berita, Arabian Business.

BZI adalah anak syarikat kumpulan yang diasaskan oleh Sheikh Khaled Bin Zayed Al Nahyan, ahli keluarga diraja Abu Dhabi.

Sanusi berkata, BZI terpilih sebagai rakan kerjasama strategik kerana pengalaman dan reputasinya yang baik di UAE dan di peringkat antarabangsa, melalui pelaburan berimpak tinggi dan berdaya maju serta kewangan yang sangat kukuh.



“Permohonan kebenaran merancang secara atas talian telah dikemukakan pada pihak Majlis Perbandaran Langkawi pada 14 Ogos lalu,” katanya di sidang DUN Kedah, hari ini.

Menurut Sanusi, projek itu akan terbahagi kepada dua fasa.

“Fasa pertama pembangunan ini akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 4 tahun sehingga tahun 2025 yang membabitkan anggaran nilai pembangunan kasar GDV berjumlah RM4.5 bilion. Antara komponen termasuk rumah kelab dan padang golf, perumahan berpagar banglo dan rumah berkembar, kondominium, pusat beli-belah dan SOHO, kompleks perniagaan dan bazar, kondominium, hotel.

“Fasa seterusnya akan terbahagi kepada lapan komponen yang melibatkan komponen pembangunan seperti pusat seni dan budaya, kompleks imigresen dan pengangkutan hotel dan resort pusat-pusat perniagaan dan acara taman tema dan rekreasi satu pusat perubatan dan pemulihan pusat pengajian tinggi dan eronortika perumahan,” katanya, sambil menambah jangka masa pembangunan dianggar selama lebih kurang 15 tahun.



Sanusi memberi perincian tersebut sebagai jawapan kepada pertanyaan lisan oleh Tan Kok Yew (DAP-Derga), yang kemudian bertanya mengenai yuran komitmen yang dibayar oleh penyokong projek itu.

Awal tahun ini, Sanusi mengumumkan projek itu, yang bakal meliputi 1,979 ekar, dengan 90% daripadanya pulau buatan di kawasan perairan itu. FMT

Projek tambak laut RM40 bilion Langkawi seperti dirancang


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker