Anak Shahrol Shiro jalani pembedahan 1 Oktober ini

Anak Shahrol Shiro jalani pembedahan 1 Oktober ini

Anak pelawak Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia lapan bulan dan mengalami masalah buah pinggang kronik bakal menjalani pembedahan 1 Oktober ini di pusat perubatan di Subang Jaya.

Isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau mesra disapa Anna ketika dihubungi berkata, pembedahan segera itu perlu dilakukan kerana buah pinggang sebelah kiri Ismail sudah rosak dan membengkak.

“Alhamdulillah, Ismail sekarang dalam keadaan sihat. Malah, kalau tengok dari segi luaran, tahap kecergasannya sangat aktif dan tak nampak seperti bayi yang sakit. Makan dan minumnya, alhamdulillah semua okey.

“Namun, buah pinggang belah kiri itu masih bengkak sebab salurannya tersumbat kira-kira 80 peratus. Kalau tak buat pembedahan segera, Ismail akan mudah demam dan terkena jangkitan kuman,” katanya kepada Harian Metro.

Anna berkata, buat masa sekarang dia sangat menjaga pemakanan bayinya itu dengan mengelakkan pengambilan garam dan gula dalam makanan.

“Dari segi pemakanan Ismail, saya memang jaga betul dengan elakkan langsung pengambilan garam dan gula. Ismail perlu penjagaan yang sangat rapi,” katanya.

Anna berkata, kos pembedahan itu dianggarkan sekitar RM40,000 hingga RM45,000 dan ia dilakukan di situ kerana ada doktor pakar buah pinggang kanak-kanak.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Anna meluahkan rasa hatinya yang luluh di Instagram apabila terpaksa melihat bayinya yang masih kecil menderita masalah buah pinggang kronik.

Shahrol dan Anna bernikah pada 18 Mac 2016 dan dikurniakan anak sulung lelaki, Iskandar Rizqi, 4. Selain itu,Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish daripada perkahwinan pertamanya. HM

Anak Shahrol Shiro jalani pembedahan 1 Oktober ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker