Demi perbetul PN Perlis, pergolakan dalam PAS terpaksa didedahkan

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata niatnya mendedahkan pergolakan dalaman PAS demi membetulkan pentadbiran gabungan itu kelak.

Ketua Bersatu negeri itu berkata, jika dua parti dapat bekerjasama dengan baik tanpa timbul sebarang isu, sudah pasti mereka dapat mentadbir Perlis “bermusim-musim”.

“Kenapa saya ambil tahu hal PAS? Sebab PAS ni rakan kita, Bersatu ibarat adik, sebab dia (PAS) parti lama, kita parti baharu,” katanya kepada FMT.



Sebelum ini, Abu Bakar Hamzah mendakwa berlaku pergolakan dalaman PAS Perlis membabitkan isu kefahaman agama, susun atur gerak kerja dan pentadbiran Perlis sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan rakan komponen PN.

Kenyataan Abu Bakar menyusul peringatan Presiden PAS, Hadi Awang, minggu lalu supaya ahli parti tidak menjadi “penebuk kapal” untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

Susulan itu, Timbalan Ketua Bersatu Perlis, Izizam Ibrahim mengingatkan Adun tidak menjadi batu api bagi menghangatkan lagi dakwaan berhubung pergolakan dalaman itu. Beliau turut menyifatkan kenyataan Abu Bakar sebagai pandangan peribadi yang tidak mewakili parti.

Abu Bakar mengakui terkejut dengan kenyataan Izizam, Exco Perlis dan bendahari PN negeri itu, sambil mempersoalkan adakah kenyataannya sebelum ini bersifat maki hamun terhadap PAS.



“Mungkin dia ahli mesyuarat kerajaan negeri, dia exco, saya bukan exco. Tapi sebagai ketua parti, saya kena jaga imej Bersatu.

“Seolah-olah kenyataan tebuk kapal tuju pada Bersatu, saya pertahankan, iaitu bukan kepada Bersatu Perlis, mungkin kepada PAS sebab (ada) krisis dalaman.”

Katanya, beliau turut menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin akan menyelesaikan isu dalaman parti Islam itu dalam masa seminggu.

“Saya minta macam tu sebab nak PN ni elok, dalam masa sama saya nak perbetulkan parti saya. Saya tak ada masalah peribadi.”



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker