Hampir jadi mangsa rogol 7 ekor singa jantan, singa betina cuak sehingga panjat pokok

Seekor singa betina melarikan diri daripada tujuh ekor singa jantan dengan memanjat sebatang pokok di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan, lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Peminat hidupan liar, Rose Swart merakam pengalaman luar biasa itu semasa lawatannya tahunannya ke taman negara itu.

“Kami memandu di kawasan S28, menuju ke arah  selatan. Apabila menghampiri sebatang pokok yang tinggi dan lurus, mata saya terbeliak kehairanan.



“Di sana, seekor singa betina berada betul-betul di atas pokok. Yang mengejutkan apabila bukan satu atau dua ekor, tetapi tujuh singa jantan sedang menunggu (di bawah),” katanya.

Singa betina itu dalam percubaan terdesak untuk melarikan diri.

“Selepas beberapa minit, ia menjadi tidak selesa dan akhirnya melompat turun dari pokok. Sebaik sahaja menyentuh tanah, singa-singa jantan mengejarnya.

“Kami tidak dapat melihat bagaimana situasi itu berakhir. Ia berlari ke dalam semak yang tebal sebelum hilang dari pandangan,” jelasnya. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker