Wang nenek RM30,000 yang disimpan sebagai persediaan untuk menunaikan haji rosak dimakan anai-anai

 

 

Seorang lelaki hanya mampu berserah apabila wang simpanan milik neneknya berjumlah RM30,000 musnah dimakan anai-anai.



Menerusi perkongsian Khairul Azhar di Facebook, wang itu dikumpul oleh neneknya di dalam sebuah kotak bagi tujuan menunaikan haji pada tahun hadapan.

“Hari ini duit yang disimpan oleh nenek saya di kampung untuk tunaikan haji tahun depan sebanyak RM30,000 habis dimakan anai-anai.

“Separuh saya dah serahkan kepada BNM, kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat di selamatkan,” katanya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi pelbagai daripada orang ramai yang turut terkesan dengan kejadian tersebut.



“Boleh bawa pergi BNM, walaupun bahagian kecil mereka boleh kesan nilainya,” komen seorang pengguna.

“Allahuakbar, lepas ni tak boleh simpan dalam kotak memang tempat anai-anai lah,” ujar Nor Sakiey.

“Akan datang kena simpan dalam bentuk emas bar. Pengajaran untuk semua juga ni,” pesan Ikin.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri



Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker