Dah langgar belakang kereta, minta nak bergambar pulak – Shakilla Khoriri (Video)

Dah langgar belakang kereta, minta nak bergambar pulak – Shakilla Khoriri (Video)

PELAKON Shakilla Khoriri berdepan detik mencemaskan apabila kereta yang dipandunya dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang.

Biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderannya mengalami kerosakkan klip di bahagian belakang kereta.



Jelas Shakilla, insiden itu berlaku selepas penunggang motosikal tersebut menunggang dalam jarak terlalu rapat sehingga hilang kawalan.

“Yang kau ikut dekat-dekat kenapa? Nasib baik tak mati tau tak.

“Kalau ada lori ke jatuh ke. Meminta kau eh,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Dalam hantaran sama, penunggang motosikal tersebut dilihat sedang mencuba untuk membaiki klip yang rosak tetapi tidak berhasil.



Kata Shakilla lagi, pemuda lelaki tersebut mendakwa tidak menjangkakan aktres itu akan menekan brek ketika ingin menukar laluan kiri jalan.

Biarpun berada dalam situasi sedikit tegang, namun ia turut terselit dengan insiden melucukan selepas pemuda tersebut meminta kebenaran untuk bergambar setelah menyedari Shakilla merupakan seorang selebriti.

“Kau dah langgar kereta aku sampai dan rompong mulut dia dekat bawah lepas tu nak bergambar.

“Nasib baik hari ni mood aku baik eh,” kongsinya.



Dah langgar belakang kereta, minta nak bergambar pulak – Shakilla Khoriri (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker