Dengar bunyi letupan macam bom tiga kali

Dengar bunyi letupan macam bom tiga kali

Seorang pesara tidak menyangka bunyi letupan yang didengarnya merupakan petanda sebelum enam buah rumah sewa miliknya hangus terbakar, di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, di sini hari ini.

Menurut Mohtar Rahmad, 68, ketika kejadian kira-kira pukul 10 pagi, dia dan isterinya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat sebanyak tiga kali bersebelahan rumahnya.



Katanya, setelah diketuk pintu dan tingkap rumah oleh jiran tetangga, Mohtar keluar dan terkejut apabila mendapati enam buah rumah sewa yang terletak bersebelahan kediamannya sedang marak terbakar.

“Saya dan isteri tak fikir apa, terus lari selamatkan dokumen-dokumen penting sebelum keluar dari rumah. Ketika itu orang ramai yang berkerumun sudah menghubungi pihak bomba.

“Disebabkan rumah saya berada bersebelahan, habis semua perabot dan buku-buku hangus terbakar dijilat api. Tapi mujur kami dapat selamatkan diri.

“Setakat ini jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.



Selain itu, ujar Mohtar, sebuah lagi rumah pusakanya berusia 110 tahun yang berada di tengah-tengah rumah sewa itu juga musnah dijilat api.

Ujarnya yang telah menetap di sini sejak lahir lagi, sebelum kejadian, dia difahamkan salah seorang penyewa rumah berusia lingkungan 50-an sedang menyiapkan barangan jualan jagung kukus sebelum salah satu tong gasnya meletup.

Turut hadir meninjau ke lokasi kejadian adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Terdahulu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 10.18 pagi sebelum jentera dihantar ke tempat kejadian.



Ujarnya, seramai 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Tun Razak dan BPP Sentul digerakkan ke lokasi kejadian.

Jelasnya, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah separa kekal berkeluasan 8,800 kaki persegi, terbakar 100 peratus. K Online

Dengar bunyi letupan macam bom tiga kali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker