Kamu lempar kami dengan nista, adilkah?

Kamu lempar kami dengan nista, adilkah?

Seorang pemimpin Umno berkata tiada sesiapa dalam kerajaan perpaduan menganggap pembangkang sebagai musuh.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Puad Zarkashi, sebaliknya mendakwa Perikatan Nasional (PN) yang memusuhi kerajaan dengan melemparkan kata kesat, cemuhan dan fitnah.



“Kita mengiktiraf pembangkang sebagai pengimbang. Hadi (Awang) mengumpamakan kerajaan perpaduan sebagai ‘najis’.

“Mana mungkin PN mahu masuk ke ‘tong najis’ katanya. Itu kata nista yang menggalakkan permusuhan dan kebencian. Apakah itu adil seperti dituntut Hadi kepada kerajaan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan presiden PAS yang menggesa kerajaan berlaku adil kepada pembangkang termasuk diberikan peruntukan sama rata kerana kedua-dua pihak bukan musuh.

Dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam, Hadi menyifatkan tindakan kerajaan hanya memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sebagai tidak mengikut ajaran Islam.



Sementara itu, Puad berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan terbuka supaya pembangkang berunding dengan kerajaan mengenai peruntukan.

“Tetapi Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin yang angkuh. Dia tolak untuk berunding dengan perdana menteri.

“Justeru pembangkang mesti cermin diri sendiri. Kamu yang mengapikan permusuhan…maki hamun, suka menghukum dan dalil politik tidak munasabah,” katanya. FMT

Kamu lempar kami dengan nista, adilkah?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker